My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Friday, February 1, 2013

Alleycats Senyumlah Kuala Lumpur



Hari ni 1hb Februari...hari ulangtahun penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Aku mula menjejakkan kaki di Kuala Lumpur pada tahun 1986.  Walaupun bermula dari tarikh tersebut (ada  la beberapa tahun aku tak berada di dalam negara) tetapi aku tidak pernah tinggal dikawasan Kuala Lumpur.  Aku sentiasa tinggal di dalam negeri Selangor.  Tetapi suatu waktu dulu aku tiap-tiap hari ke Kuala Lumpur.  Memang banyak perubahan yang berlaku dari berbagai sudut, terutamanya pembangunan dan jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Sebelum aku menjejakkan kaki di Kuala Lumpur, perkara-perkara kelainan yang ada di Kuala Lumpur yang teringin sangat aku alami ialah naik bas mini, dengar radio Kuala Lumpur dan menonton siaran TV3.  Kenapa ya?  Kerana :-

1)  Perkhidmatan bas mini cuma ada di KL.  Banyak cerita mengenai bas mini tersiar dalam akhbar dan radio.
2)  Radio Kuala Lumpur kerana adanya DJ popular iaitu Noramin dan Zainal Din Zainal
3) Siaran TV3 kerana waktu itu siaran TV3 masih belum ada di pantai timur, popular dengan program Majalah 3 dan Wan Zaleha Radzi

Walaupun dah banyak pembangunan dan perubahan yang berlaku di Kuala Lumpur, namun masih ada beberapa perkara yang masih kekal (mungkin berubah sikit saja) seperti yang aku kenali sejak dari dulu.  Antaranya... kedai nasi kandar di Kampung Atap, Restoran Kudu jalan TAR, wisma Yakin jalan Masjud India, Pertama Komplek dan banyak lagi.

Cuma yang aku agak tak setuju.... Kuala Lumpur pun ada menganugerahkan pinggat kebesaran... dah ada Dato' dari Kuala Lumpur......

No comments:

Post a Comment