My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Thursday, January 31, 2013

Bas No 13 -Kembara



Aku nak cerita sikit mengenai pengalaman lucu aku dengan bas.  Kejadian ini berlaku pada hari kedua aku menjejakkan kaki dibumi Amerika.

Sebelum aku kesana, aku dinasihatkan oleh abang ipar aku supaya tidak membeli baju sejuk dari Malaysia untuk dibawa ke Amerika.  Katanya ketebalan pakaian yang dijual disini tak boleh nak dipakai ditempat yang aku pergi, kerana tempat yang aku pergi tu memang sejuk.  Memang betul pun nasihat dia.  Kawan aku yang beli baju sejuk dari sini semuanya kena beli baju lain yang lebih tebal.

Semasa sampai, aku diberi pinjam baju sejuk jenis overcoat oleh kawan yang dah ada disana.  Pada hari kedua dia ajak aku untuk membeli pakaian musim sejuk.  Waktu itu cuaca memang sejuk.  Tasik dah beku dan pada hari itu jugak menjadi pengalaman pertama aku berjalan diatas tasik.  Ada beberapa orang yang sedang memancing ikan (ice fishing) dengan mengorek ais.

Kawan aku tak ada kereta.  Dia ajak aku naik bas.  OK la... aku terfikir nanti senang aku bila dah tahu cara-cara nak naik bas disana...senang aku nak merayau.  Apabila sampai ketempat menunggu bas, ada la 4 atau 5 orang mat saleh disana.  Bila nampak bas datang, member aku cepat-cepat suruh aku tahan bas, macam kita biasa buat kat sini.  "Cepat..cepat.. tahan!!! Nanti bas terlepaskan... dah dekat tu", kata kawan aku.  Aku pun apa lagi, terus menghulurkan tangan kanan aku menahan bas.  Aku perasan mat saleh disitu tengok semacam je kat aku, dan kawan aku tu terbahak-bahak gelak.  Rupa-rupanya disana mereka tak tahan bas.  Mereka berdiri je dekat dengan papan tanda bus stop tu dan bas akan berhenti.  Lepas tu naik je la dengan beratur.

Kawan aku gelakkan aku sepanjang perjalanan hari tu, dalam 15 minit lebih kurang.  Lepas tu kami pergi ke tempat in-door games... main bowling, dia masih dok bercerita kisah aku tahan bas kepada senior-senior yang ada disana.  Kira bagus juga la, kerana pada hari kedua je aku dah kenal ramai rakyat melayu yang dah lama dok disana.  Kawan aku tu kemudiannya menjadi rakan serumah aku dan kami sama-sama tidur depan TV kat ruang tamu je setiap malam.  Bilik jadi tempat salin baju dan katil kami jadikan tempat melonggokkan pakaian je.

Tapi yang best jugak tu... aku buat perkara yang sama kepada seorang budak yang baru sampai, batch selepas aku.  Tapi aku tak la gelakkan dia sangat.

No comments:

Post a Comment