My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Friday, April 22, 2011

Kumat-jahanam.dikir barat asli 70an


Kali ni aku nak perkenalkan lagu klasik dari Kelantan. Ini lagu dikir barat yang sangat popular sekitar lewat tahun 70-an. Nama penyanyinya ialah Kumat, yang juga seorang tukang karut kumpulan dikir yang terkenal masa tu. Kumat adalah nama gelaran beliau. KU, ringkasan dari Tengku dan MAT dari Muhammad. Lagu ini berentak irama Hindustan, maklumlah zaman itu filem Hindustan sedang popular. Kalau tak silap aku lagu ini diambik dari filem lakonan Zeenat Aman. Ketika itu banyak rentak lagu-lagu Hindustan yang popular di dikir baratkan.

Lagu ini mengesahkan pengorbanan seorang ayah yang sanggup menjual tanah kebun yang dimiliki untuk menampung perbelanjaan pengajian anak perempuan beliau. Pada peringkat sekolah anaknya seorang yang amat baik, naive. Tapi bila dah masuk universiti, perangai anak beliau berubah kerana pengaruh kawan-kawan. Anak beliau menjadi liar dan akhirnya berkahwin dengan orang bukan Melayu. Secara ringkasnya, habis musnah, JAHANAM, harta dan harapan bapa. Ini cuma lagu, tak ada kena mengena dengan kisah hidup penyanyi.

Semasa lagu ini sedang popular, aku selalu mendengar lagu ini dimainkan dalam lori 1-tan milik abang aku. Masa tu abang aku angkut daun tembakau tanaman orang kampung untuk dihantar ke kilang. Semasa nak menaikkan daun tembakau keatas lori, kaset dikir dipasang sebagai hiburan sambil bekerja. Masa itu tape kaset saiz besar, cartridge, digunakan.

No comments:

Post a Comment