My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Wednesday, February 13, 2013

Sheila Majid - Sinaran



Zaman selepas rock kapak.  Lagu berentak jazz dari Sheila Majid ini mula mendapat tempat dikalangan peminat muzik tempatan.

Masa aku di Amerika, aku sempat melihat siaran langsung di TV semasa Sheila Majid masuk pertandingan nyanyian disana dan menang tempat pertama.  Kalau tak silap aku program tu ialah International Talent Search.  Apa yang paling aku ingat ialah semasa pengacara program itu, Ed McMahon, menemuramah Sheila dan salah satu remark yang dia cakap ialah..."you're such a little thing but with powerful voice".  Kalau kau orang pernah  tengok rancangan talkshow "The Tonite Show" yang awal iaitu semasa pengacaranya Johnny Carson, Ed McMahon ialah orang yang selalu bersama Johnny.  Badan dia besar dan tinggi.  Boleh kata dia sebagai sidekick Johnny.

Aku berasa cukup bangga masa tu dan gembira kerana lagu Melayu boleh didengar secara langsung di Amerika.  Terlebih bangga kerana Sheila dapat nombor 1.

No comments:

Post a Comment