My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Thursday, February 7, 2013

Rosemaria - Nasi Dagang



Pagi ni hujan ditempat aku.  Teringat pulak makanan yang popular diwaktu pagi ini.  Kat kampung aku ada seorang peniaga yang memang terkenal dengan nasi dagang dia.  Setiap kali bila aku balik kampung aku pasti beli nasi dagang beliau.  Nasi dagang dia memang sedap, sukar nak jumpa nasi dagang di tempat lain setanding dengan rasa nasi dagang dia.  Dia berniaga diawal 80an lagi dan masih berniaga sampai sekarang.    Dia akan bungkus sendiri setiap pesanan didepan mata kita.  Tidak ada nasi yang dah siap dibungkus.  Semua disediakan mengikut pesanan, samada nak bungkus atau makan dikedai beliau.  Kena la tunggu sekejap, beratur nak dapatkan pesanan kita.  Sekarang ni pun dia masih membungkus sendiri nasi yang kita minta.  Pada peringkat awal dulu dia akan menjaga nasi dan anak dia akan menguruskan soal pesanan minuman.  Sekarang dah ada pekerja kedai dan sekali sekala nampak juga kelibat cucu beliau yang menolong. 

Nasi dagang lebih sedap sekiranya dimasak menggunakan beras nasi dagang, ada campuran warna hitam dan putih.  Ada juga nasi dagang dimasak menggunakan beras putih sahaja.  

No comments:

Post a Comment