My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Monday, April 8, 2013

P Ramlee - Terbang Burung Terbang


Malam ni aku sekali lagi, untuk kesekian kalinya menonton filem P Ramlee bertajuk 'Anak Bapak'.  Aku minat sangat menonton filem2 P Ramlee terutamanya yang bercorak jenaka.  Memang tak pernah jemu menonton filem lakonan dan arahan seniman agong ini.

Pada tahun 70'an dulu, dikampung aku cuma ada 2 tempat sahaja yang mempunyai TV.  Kedua-duanya merupakan kedai kopi dalam kampung aku.  Masa itu TV beroperasi menggunakan generator elektrik.  Bekalan elektrik LLN (Lembaga Letrik Negara) masih belum ada lagi dikampung aku.  Bila tiba hari Jumaat malam Sabtu, bila ada tayangan filem Melayu terutamanya filem lakonan P Ramlee, maka orang kampung akan tertumpu di 2 kedai tersebut.  Pada waktu itu TV hitam putih sahaja; dan TV berbentuk macam almari.  Tuan punya kedai akan meletakkan tabung sumbangan untuk membeli minyak diesel kegunaan generator.  Apa yang paling tak seronok ialah apabila TV terpadam disebabkan generator kehabisan minyak semasa sedang syok menonton filem.

Aku fikir ramai rakyat Malaysia yang suka menonton filem P Ramlee dan isu yang diperkatakan dalam filem yang dah berusia berpuluh tahun masih relevant dan boleh diguna pakai sehingga kini.  Kita dapat melihat bahawa P Ramlee seorang yang cukup kreatif dan berpandangan jauh, merentasi zaman beliau.  Tak perlulah aku menghurai panjang isu ini.  Cukuplah dikatakan bahawa P Ramlee memang seorang seniman agong yang tiada penganti.

Aku fikir tentu ada ungkapan2 atau gaya2 dari filem2 beliau yang menjadi ingatan kau orang.  Ada beberapa scene yang aku minat dan nak kongsi dengan semua:-

1)  Filem "Seniman Bujang Lapok" - scene dimana Aziz menceritakan keadaan 3 bilik sewa yang masih ada.  Bila dia sedar tertipu dan cakap, 'itu lubang kubur', cuba kau perhatikan S Samsudin ketawa beria-ria semasa menairap atas katil.  Aku berpendapat bahawa aksi itu juga membuat mereka sendiri ketawa.

2)  Filem "Tiga Abdul" - bila Abdul Wahub membeli balik abang2 dia dari saudagar unta, 'Wow!!! dunia2..".  Tengok reaksi P Ramlee terhadap scene itu, macam terkejut juga.

3)  Filem "Nujum Pak Belalang" - bila tunjuk keputusan 'Beringin Rendang 4+1', lihat reaksi orang kampung yang terpaksa mengira dulu 4+1 sebelum melonjak kegembiraan.

4)  Filem "Madu Tiga" - memang banyak scene dan percakapan yang menjadi ingatan.

Itu cuma sebahagian kecil babak dan dialog yang aku minat.  Banyak lagi yang ada dan itulah yang aku katakan, filem P Ramlee masih aku minati dan tak jemu menonton.

No comments:

Post a Comment