My Market

Klik link ini untuk membeli produk dari usahawan tempatan: http://mymarket2u.com

Sunday, February 3, 2013

Rahimah Rahim Bintang Sukanku



Sedang layan perlawanan bolasepak EPL.  Masa aku muda dulu, masa masih dikampung, aku selalu juga tengok perlawanan bolasepak dari luar negara.  Macam sekarang juga la... siaran langsung dari luar negara kebiasaannya diawal pagi.  Siaran langsung untuk perlawanan penting selalu juga disiarkan seperti Piala Dunia dan peringkat akhir liga Inggeris.

Dulu mana ada kedai 24 jam.  Tempat kami berkumpul ialah disebuah rumah kawan sekampung yang cukup minat bolasepak.  Kebiasaannya aku dan kawan-kawan akan kerumah beliau pada jam 9 atau 10 malam.  Sambil menunggu siaran bola, kami biasanya layan je filem yang ada sebelum tu.  Tak banyak yang menarik pun, maklumlah waktu tu cuma ada TV1 dan TV2 saja.  Sambil minum kopi, berborak-borak, berbaring-baring tengok filem sebelum siaran langsung.  Kebanyakan masanya aku jarang sangat dapat tengok penuh perlawanan bola yang disiarkan.  Kalau aku dapat bertahan pada separuh masa pertama, separuh masa kedua aku dah tertidur.  Paling teruk tu aku dapat tengok filem sebelum bola je.  Bila bola bermula, aku pun mula tidur.  Tapi bila bola habis ada je kawan yang kejutkan aku dan kami sama-sama balik kerumah masing-masing.  Kalau bulan puasa selalunya balik waktu orang dah bangun sahur.

Aku berkesempatan menonton perlawanan bolasepak melalui siaran TV Mexico semasa aku di San Francisco dulu.  Aku tak faham apa pun yang pengulas cakap kerana sepenuhya dalam bahasa Spanish.  Tapi apa yang paling menarik ialah bila pengulas menyebut Gol.  Sebutan Goooolnya cukup panjang dan menarik.  Memang unik, bersemangat dan berlainan sekali sebutan Goool yang dilafazkan.  Aku tak kisah, walaupun aku tak faham ulasan, aku tetap menonton bola menerusi TV Mexico kerana teruja mendengar pengulas menyebut Goolll.

Kita di Malaysia rasanya masih menunggu saat pasukan bolasepak Malaysia dapat mencapai taraf seperti zaman Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Sigh, R Arumugam, Dollah Ali, dan lain-lain pemain yang kita pernah dengar kehebatan mereka.

No comments:

Post a Comment