M Bakri, penyanyi era 60'an dan 70'an. Beliau merupakan johan bintang radio malaya tahun 1957.
Tuesday, October 29, 2013
Monday, October 28, 2013
Cici Faramida - Wulan Merindu
Aku baru saja mendengar lagu ini semasa satu majlis di sebuah hotel. Aku teringat lagu "Wulan" nyanyian Iwan. Aku mula tertanya, apa makna wulan. Apa yang aku tahu, Wulan ialah nama seseorang. Ada seorang artis Indonesia yang bernama Wulan Guritno, yang pernah menjadi juri raja lawak.
Setelah mencari sedikit info, ini yang aku dapat :-
- Pengertian atau makna Wulan adalah bulan
- Nama untuk orang Perempuan
- Berasal dari bahasa Jawa
Thursday, October 24, 2013
Aziz Satar - Bila Mama Pakai Celana
Biduan Aziz Satar, nama yang begitu besar dan diminati ramai oleh pelbagai peringkat umur ini, walaupun lebih dikenali sebagai pelakon dan pelawak, beliau juga pernah menyanyi dalam filem2 Melayu klasik.
Sengaja aku letak klip video babak "Itu Kubur" ini kerana secara peribadinya aku anggap babak ini mengambarkan skrip yang keluar adalah spontan dan mereka begitu menghayati lawak yang mereka buat. Selepas memberi penerangan lanjut mengenai '3 bilik yang masih ada' dan Aziz ulang balik penerangan mengenai bilik tersebut, Sudin cuba menutup mulut beliau dengan kain; DAN boleh dilihat dengan jelas bahagian belakang Sudin bergerak2 menahan gelak apabila berjaya memperdaya dan membuatkan Aziz marah. (Semasa Aziz kembali semula kekatil beliau, Sudin meniarap) Cukup klasik dan berkualiti. Aku memang meminati babak ini.
Salah satu lagi aksi Aziz Satar yang aku minat ialah gaya beliau menari dengan P Ramlee dalam babak nyanyian lagu "Ya Habibi Ya Ali Baba".
Wednesday, October 23, 2013
Sheila Abdul - Mungkinkah
Sheila Abdul, penyanyi era 2000.
Tuesday, October 22, 2013
Michael Bolton - Love is a wonderful thing
Kita dengar lagu2 dari Michael Bolton.
Friday, October 18, 2013
Mat Yeh - Tahi Lalat Atas Kening
Ini ialah koleksi lagu-lagu dikir barat klasik, nyanyian Mat Yeh, yang popular era 80an.
Friday, October 11, 2013
Eddie Ahmad - Berdendang Sayang
Eddie Ahmad, seorang penyanyi era 60'an dan 70'an. Berasal dari Singapura dan pernah diiringi oleh kugiran The Guys dan The Antartics. Beliau berduet dengan adik sendiri, iaitu Hamidah, dalam lagu yang dipopularkan semula oleh 2by2 dan Siti Nurhaliza, Mawarku.
Thursday, October 10, 2013
Orkes Sinar Murni - Panggilan Haji
Raya Haji dah dekat. Tapi suasana nak sambut raya ini tak terasa langsung. Kalau mengikut Islam, hari raya haji atau raya korban ini lebih utama. Kita boleh bertakbir dan sembelih binatang korban selama 4 hari. Tak sama dengan hari raya puasa yang dibenarkan bertakbir dari malam sehingga sebelum solat sunat raya sahaja. Mungkin kerana agama memandang perayaan ini penting dalam Islam, maka halangan2 dari musuh2 Islam amat kuat. Sama2 kita cuba tukar keadaan dan tanggapan kita agar kita lebih menghormati perayaan ini. Kita cuba mengisi sambutan hari raya ini dengan aktiviti2 yang boleh mendekatkan kita kepada yang Esa dan semoga makna sebenar pengorbanan dapat kita amalkan dalam kehidupan.
Selamat Menyambut Hari Raya Haji & Selamat melapah lembu kepada yang melakukan ibadat korban. Sama2 juga kita berdoa agar mereka yang sedang menunaikan haji di Mekah akan mendapat haji Mabrur dan dimudahkan segala urusan. Semoga berita mengenai banjir dipadang Arafah tidak akan menjejaskan perjalanan haji tahun ini.
Monday, October 7, 2013
Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang
Kali ini aku rehat sekejap dari memaparkan lagu2 lama dengan menyiarkan lagu yang begitu diminati sekarang. Lagu dari penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar. Lagu ini merupakan kisah benar yang terjadi kepada beliau. Berbekalkan bakat yang ada, takdir dan ketentuan ILLAHI telah merubah nasib hidup beliau. Semoga kisah dari lagu ini dapat menjadi iktibar dan pedoman kepada kita semua.
Saturday, October 5, 2013
Ade Putra - Si Jantung Hati
Kita layan pulak lagu2 popular dari Indonesia pada era 80'an. Kali ini dari nyanyian Ade Putra.
Tuesday, October 1, 2013
M Osman - Suzana
M Osman, artis popular era pop yeh-yeh 60'an. Beliau pernah bersama dengan kumpulan Les Fentones dan The Siglap Boys.
Subscribe to:
Posts (Atom)